Sunday, September 1, 2013

Jangan Jadi Macam Saya - Emma Maembong

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Belajar sampai setakat tingkatan dua - itu pendedahan pelakon cantik Emma Maembong mengenai dirinya, baru-baru ini. Namun gadis berusia 21 tahun ini berkata, pengakuan itu bukan mahu membuka pekung di dada tetapi dia berharap golongan remaja tidak menjadikannya contoh untuk mengambil ringan soal pelajaran kerana perkara itu penting untuk kejayaan seseorang.
Memang ada sesetengah orang berpendapat remaja yang tidak habis sekolah mempunyai masa depan yang gelap ataupun tiada masa depan.
"Tetapi bagi saya, selagi ada usaha, walaupun kita tidak belajar tinggi, kita mampu menjadi golongan yang lebih hebat daripada orang yang berpendidikan tinggi jika kita sanggup berusaha.
"Saya harap, bagi yang mampu bersekolah, jangan pula mengambil mudah untuk tidak belajar kerana pendidikan itu amat penting buat diri dan kehidupan kita. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
Emma terpaksa menamatkan alam persekolahan ketika berusia 15 tahun kerana perlu menjaga adik lelakinya bernama Ahmad selepas ibu dan bapanya berpisah.
Disebabkan berada dalam kehidupan yang susah itu, dia hanya mampu mengikut jejak langkah bapanya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.
Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
sumber : mStar online 

No comments:

Post a Comment