Wednesday, September 11, 2013

Erra Fazira Tunggu Masa Untuk Dedah Spekulasi Rumahtangga






Sumber : Rotikaya


Tahun tahun kebelakangan ini, kalau bercakap tentang Erra Fazira pastinya tidak akan lari akan persoalan isu rumahtangga beliau yang sehingga hari ini masuh belum ada jawapan pasti.


Erra Fazira bercakap kepada Murai baru baru ini yang beliau kecewa apabila kisah peribadinya di’tokok tambah dan ianya lebih memburukkan keadaan.
“Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum,” jelasnya lagi yang percaya masih berhutang penjelasan dengan orang ramai.
Erra Fazira juga percaya apabila sampai masanya nanti, semua persoalan tentang spekulasi rumahtangganya akan terjawab jua — “..apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini” — tambahnya lagi.
Hasil perkongsian hidup Erra Fazira dengan suaminya, Engku Emran mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia empat tahun.

No comments:

Post a Comment