Monday, September 30, 2013
Sunday, September 29, 2013
Pelajar perempuan tarik keluar janin sendiri daripada kandungan
Semporna: Bimbang melahirkan anak hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki, seorang pelajar perempuan sanggup menarik keluar janin daripada kandungan bagi mempercepatkan kelahiran sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Bagaimanapun, perbuatan gadis berusia 18 tahun itu terbongkar selepas rakan sebiliknya yang curiga menyiasat dan terkejut apabila menemui janin bayi di dalam tong sampah berkenaan.
Berikutan penemuan janin kira-kira jam 3.30 petang itu, rakan sebiliknya memaklumkan warden asrama sekolah sebelum membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, kejadian berlaku kelmarin apabila rakan sebilik suspek hendak masuk ke bilik asrama, namun pintu terkunci.
“Selepas beberapa kali pintu diketuk akhirnya suspek membuka pintu dan rakannya itu terkejut melihat lantai dipenuhi darah.
“Suspek kemudian ke luar bilik asrama dan membuang satu bungkusan di dalam tong sampah dengan memberi alasan dia haid,” katanya.
Menurutnya, rakan sebilik mangsa yang curiga cuba memeriksa dan terkejut apabila mendapati janin di dalam tong sampah berkenaan.
“Terkejut dengan penemuan janin itu, rakan sebiliknya kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak warden asrama sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Menurutnya, janin bayi yang dilahir tidak cukup bulan itu dihantar ke Hospital Semporna untuk siasatan lanjut.
“Pelajar itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi,” katanya.
MyMetro
Bagaimanapun, perbuatan gadis berusia 18 tahun itu terbongkar selepas rakan sebiliknya yang curiga menyiasat dan terkejut apabila menemui janin bayi di dalam tong sampah berkenaan.
Berikutan penemuan janin kira-kira jam 3.30 petang itu, rakan sebiliknya memaklumkan warden asrama sekolah sebelum membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, kejadian berlaku kelmarin apabila rakan sebilik suspek hendak masuk ke bilik asrama, namun pintu terkunci.
“Selepas beberapa kali pintu diketuk akhirnya suspek membuka pintu dan rakannya itu terkejut melihat lantai dipenuhi darah.
“Suspek kemudian ke luar bilik asrama dan membuang satu bungkusan di dalam tong sampah dengan memberi alasan dia haid,” katanya.
Menurutnya, rakan sebilik mangsa yang curiga cuba memeriksa dan terkejut apabila mendapati janin di dalam tong sampah berkenaan.
“Terkejut dengan penemuan janin itu, rakan sebiliknya kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak warden asrama sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Menurutnya, janin bayi yang dilahir tidak cukup bulan itu dihantar ke Hospital Semporna untuk siasatan lanjut.
“Pelajar itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi,” katanya.
MyMetro
Anjing Disalib Menyebabkan Kemarahan Ramai
Seorang pengguna Facebook dikenal pasti sebagai Aaron Pino, menguploud gambar kontroversi anjing disalib di jejaring sosial facebook, pekara ini menyebabkan ketidakselesaan di antara pengguna facebook.
Aaron Pino, 22 tahun dari Tecate, California, muncul dalam gambar memegang salib kayu kecil dengan anjing baka kecil.
Gambar itu beredar dengan cepat bagai virus dan menghasilkan ribuan komen kemarahan atas kekejaman terhadap haiwan.
Seperti dipetik dari laman Publimetro.cl, Aaron meminta maaf kerana telah meng-upload gambar dan menjelaskan bahawa dia telah menemui anjing dan dibunuh dan disalib di sungai.
"Saya tidak fikir ini adalah di luar kawalan, saya mendapati anjing di sungai dan telah dibunuh dan disalib. Ini telah menarik perhatian saya dan saya mengambil gambar dan menguploadnya." Tulis Aaron dalam profil Facebook-nya.
Aaron Pino, 22 tahun dari Tecate, California, muncul dalam gambar memegang salib kayu kecil dengan anjing baka kecil.
Gambar itu beredar dengan cepat bagai virus dan menghasilkan ribuan komen kemarahan atas kekejaman terhadap haiwan.
Seperti dipetik dari laman Publimetro.cl, Aaron meminta maaf kerana telah meng-upload gambar dan menjelaskan bahawa dia telah menemui anjing dan dibunuh dan disalib di sungai.
"Saya tidak fikir ini adalah di luar kawalan, saya mendapati anjing di sungai dan telah dibunuh dan disalib. Ini telah menarik perhatian saya dan saya mengambil gambar dan menguploadnya." Tulis Aaron dalam profil Facebook-nya.
WOW! - HEBAT LELAKI INI MAMPU POTONG TEMBIKAI DENGAN DAUN TERUP (2 GAMBAR)
TAOTAUAJER - James Bond mampu melakukan pelbagai perkara aneh, termasuk memotong konkrit dengan topi kelulinya. Walaubagaimanapun pasti tertarik dengan Ye Tongxin dari Chuina yang mampu memotong buah dan sayur dengan daun terup plastik.
TONGXIN memotong barisan timun dengan daun terup yang dibalingnya. |
Tongxin, 48, warga China, berusaha mencatatkan rekod baru Guinness selaku orang terbaik di dunia untuk melakukannya.
KAD yang dilontar Tongxin membelah tembikai. |
Ia mungkin kelihatan mudah tetapi dia menjalani latihan sejak 10 tahun lalu untuk melakukannya.
Pengurus bas sekolah di Nanjing di wilayah Jiangsu, timur China itu, berlatih dua jam setiap malam, membaling kad sepantas sebuah kereta api laju.
Timun atau labu mungkin kelihatan mudah untuk dipotong kerana kulitnya yang rapuh.
Tetapi tidak seperti ninja lain yang mahir dalam membaling kad, Tongxin berupaya memotong epal dan tembikai dengan begitu mudah.
Dia menggunakan bingkai setinggi dua meter untuk menggantung beg berbentuk timun untuk berlatih membaling dan meningkatkan kemahirannya.
Menurut Tongxin, kad yang dibalingnya bergerak selaju 50 meter dalam setengah saat. Ini bermakna, kad itu terbang dari tangannya selaju 360 kilometer sejam.
Persembahan terbaiknya ialah memotong sebaris 12 timun dalam masa 47.2 saat.
Bagaimanapun, matlamat Tongxin ialah memotong 18 timun kurang daripada seminit bagi mencipta rekod baru dunia. - DM
DAHSYAT! - TAMIL HERO DENGAN MATA SHARINGANIN TENUNG MATA JER LAWAN TERGOLEK [VIDEO]
TAOTAUAJER - Dr AK Prakasan Gurukkal adalah master berpengetahuan dalam bidang seni mempertahankan diri, Marma dan terapi urut. Beliau telah melakukan penyelidikan dalam mata pelajaran di atas selama 55 tahun.
Dia pakar dalam Terapi Marma (teori titik penting dalam tubuh manusia), terapi urut, Acupressure, Naturopati, perubatan herba, rawatan Kalari, meditasi, penyembuhan secara rohani, yoga dan lain-lain . kerja-kerja penyelidikan beliau mengenai Kalaripayattu (seni mempertahankan diri daripada Kerala) dalam gaya yang berbeza untuk lebih daripada 50 tahun membuka jalan bagi seni rohani dinamakan atma Reksha Tantra.
Perbuatan bertafakur untuk orang lain atas permintaan untuk melegakan fizikal, mental serta penderitaan sosial telah membuahkan hasil yang positif dalam kes-kes yang tulen. Terdapat beberapa keadaan pelepasan ajaib dari kesakitan dan penyakit melalui meditasi beliau walaupun mereka yang tinggal di tempat-tempat yang jauh. Media seluruh dunia, kedua-dua media cetak dan elektronik telah dialu-alukan sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang
saksikan video di bawah ini..
sory tak ada subtitle
TAOTAUAJER : Ape pendapat korang , ade macam cerita naruto pulak di dunia sebenar.. dengan kuasa mata mampu membuatkan musuh atau lawan nyer menjadi lemah dan tumbang tanpa memerlukan kekuatan serangan fizikal. - Koleksi Pelik
Ibu dera anak hingga mati menangis di upacara pengkebumian
IPOH – Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia selepas koma akibat dipercayai didera, hadir di Sanatorium Persatuan Ku Kong Chow Perak di sini untuk upacara pengebumian anaknya itu pada Selasa.
Choong Mee Chin, 30, yang menghadapi pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun itu, tiba di sanatorium berkenaan pada tengah hari dengan diiringi anggota polis serta pegawai kesihatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Suri rumah yang mendapat pelepasan bagi menghadiri upacara itu juga berpeluang berjumpa dua anaknya yang lain, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan perempuan berumur dua tahun, yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Wanita yang ditahan di Hospital Bahagia atas perintah mahkamah bagi pemeriksaan psikiatri itu, ketika menatap wajah anaknya untuk kali terakhir, kedengaran mengucapkan dengan suara perlahan “pergi dengan baik, pergi dengan tenang” dalam bahasa Cina.
Ketika suaminya, Ho Kok Peng, 39, dan dua anak mereka datang menghampirinya, Choong dilihat berkata sesuatu kepada anak sulungnya dengan linangan air mata.
Anak sulungnya juga dilihat mengatakan sesuatu kepada Choong yang cuba mengesat airmatanya yang bercucuran dan beberapa minit kemudian kedua-dua anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada Choong dengan melambai-lambaikan tangan ketika mereka dibawa oleh Ho ke kenderaan JKM.
Keadaan itu membuatkan suasana di sanatorium bertambah pilu malah ada yang turut menitiskan air mata.
Sejurus selepas itu, Choong dibawa dengan kereta polis untuk upacara persemadian anaknya di Krematorium Kek Look Seah di Bercham di sini.
Semalam, ibu itu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anaknya yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Ahad lepas.
Pada 20 Ogos lepas, Choong didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak terbabit dengan memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan rotan di kediaman mereka serta dituduh mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu di sini, pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. – BERNAMA
Lamborghini Aventador dari 500kg emas berharga RM23.9 juta
London: Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah untuk melelong kenderaan tempahan khas itu, tetapi jika pembeli mahu memintas proses bidaan dan membelinya sekarang, pengeluar menawarkan Dh26.75 juta (RM23.8 juta) atau tawaran yang hampir.
Sebahagian daripada wang itu akan disumbang kepada kebajikan. Kenderaan itu dibina berasaskan gentian karbon yang kemudian disalut emas dan lampu besarnya bertatahkan berlian. Setiap tempat duduk mempunyai 700 batu permata berharga yang dijahit pada fabriknya. Projek itu melayakkannya meraih empat gelaran Rekod Dunia Guinness model paling mahal di dunia, kereta paling selamat yang diperbuat daripada kaca kalis peluru, logo paling berharga dan satu-satunya kereta yang dibina daripada 500 kilogram bongkah emas padu. - Agensi
Gempar! Ketua Syiah Malaysia Dakwa Ahli Syiah Cecah Sejuta Orang
Masalah fahaman Syiah kini sudah menular ke pelusuk negara Malaysia. Penularan ini sangat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ketuanya sendiri mendakwa mempunyai ahli pengikut seramai sejuta orang. Kita perlu tahu bahawa Syiah bukanlah satu fahaman baru dalam agama, tetapi ia secara terus lari dari ajaran Islam. Selain itu, ia secara nyata merosakkan akidah umat Islam. Kita sebagai orang Islam perlulah bersama-sama membanteras isu fahaman Syiah di negara ini.
SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.
“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.
“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.
Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.
“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.
“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.
Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.
Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.
Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.
Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.
sumber: Sinar Harian
SAKIT TENGKUK AARON AZIZ DISUNTIK 3 SUNTIKAN STEROID
Sakit Tengkuk, Aaron Aziz terpaksa disuntik dengan 3 suntikan steroid untuk memberi kelegaan terhadap sakit yang dialami beliau. Dikhabarkan sakit tengkuk yang dialami oleh hero filem KL Gangster itu telah menyebabkan leher beliau nampak senget.
Aaron Aziz dibawa ke Hospital Prince Court untuk menjalani pemeriksaan X-ray. Hasil daripada pemeriksaan tersebut Aaron Aziz terima suntikan Steroid sebanyak 3 suntikan. Suntikan tersebut boleh bertahan selama sebulan, selepas sebulan Aaron Aziz akan datang lagi ke hospital untuk rawatan lebih lanjut.
TANDAS DAN SINKI YANG PELIK DAN LUCU
Sedih, Budak 2 Tahun Maut Dihempap Televisyen
KUALA LUMPUR – Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini Ahad.
Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.
“Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempaptelevisyen,” katanya ketika dihubungi Ahad.
Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. – BERNAMA
Wednesday, September 25, 2013
Bukti kewujudan hantu di UiTM Lendu Melaka
Bukti kewujudan hantu di UiTM Lendu Melaka - Dakwaan dan gosip berkenaan adanya kelibat hantu di sekitar UiTM Lendu Melaka ternyata benar dan bukan cerita rekaan semata-mata untuk mendapatkan publisiti. Terdapat beberapa bukti yang sukar untuk diragui memandangkan saksi berkenaan ialah pelajar kampus UiTM Lendu itu sendiri. Jom baca beberapa pengakuan mereka melalui laman Twitter dan Facebook
Pengakuan pelajar UiTM melalui Laman Twitter
Pengakuan pelajar UiTM melalui Laman Facebook
Jadi, terpulanglah dengan korang samada percaya atau tidak dengan gosip terbaru ini yang telah menggemparkan seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan korang, kisah kewujudan hantu di sekitar kampus UiTM sudah lama tersebar namun hanya beberapa hari ini cerita berkenaan mendapat perhatian daripada pihak media.
Tuesday, September 24, 2013
Pengakuan saksi kejadian isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard
Pengakuan saksi isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard - Kecoh dengan tindakan luar biasa Shahrul Aisya, isteri Matyo memaki hamun dan menendang salah seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang sebulan lepas, seorang saksi tampil mendakwa ada melihat kejadian itu dari mula.
Individu berkenaan yang merahsiakan identitinya membuat kenyataan terbuka di akaun Facebooknya dan menceritakan situasi sebenar sekitar kejadian tersebut. Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit hanya menegur isteri Matyo agar mengalihkan kenderaannya selepas telah diberi peluang selama 15 minit.
Bagaimanapun, Shahrul Aisya dikatakan terus naik darah dan memaki hamun pengawal keselamatan itu sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit dan mengugut untuk menyaman.
Kerana tidak mahu dirakam, pengawal keselamatan terbabit menepis telefon bimbit isteri Matyo sebelum ditendang. Kejadian itu turut dirakam menerusi CCTV.
Sunday, September 22, 2013
Kanak-kanak enam tahun maut jatuh ke dalam periuk besar berisi kari mendidih
Satu insiden mengerikan terjadi di sebuah sekolah di India , seorang kanak-kanak perempuan enam tahun , Anusha Ashwathappa , meninggal akibat terjatuh ke dalam periuk besar berisi kari mendidih. Kejadian bermula saat Anusha bergegas keluar dari bilik kelasnya untuk makan tengah hari apabila loceng berbunyi.
Menurut keterangan dari pihak sekolah di Daerah Chikballapur , Negeri Karnataka, sebelah barat daya India, Anusha ketika itu terjebak di antara gerombolan anak- anak yang sedang berjalan melalui beranda sekolah.
Ketika dia tiba di depan sajian makanan, dia terjatuh ke dalam periuk berisi Sambar , sebuah makanan biasa disajikan di India selatan diperbuat daripada kacang polong, yang mendidih, seperti dilapor Daily Mail, Khamis (19 /9).
Sambar adalah sejenis makanan berupa kari sayur-sayuran pedas yang popular di bahagian selatan India. Makanan ini disajikan dengan keadaan mendidih dan dimasak di dalam periuk - periuk besar .
Anusha menderita luka terbakar 70 peratus. Ketika ambulans tidak kunjung datang , guru besar sekolah kemudian membawa gadis kecil itu ke hospital. Namun dia meninggal beberapa jam kemudian.
Akibat kejadian itu, pejabat pendidikan Daerah Chikballapur , Krishnappa , dan tiga tukang masak sekolah itu diminta beri keterangan atas kes ini.
Ayah Anusha , Gangappa Ashwathappa , menolak melaksanakan pengebumian sehingga kes yang mengorbankan anaknya itu diselesaikan.
"Saya tidak akan mengkremasi tubuh anak saya sampai pihak sekolah, termasuk guru besar sekolah dan tiga tukang masaknya , datang ke sini," kata Gangappa . "Saya ingin bertanya kepada mereka, apa yang mereka lakukan ketika kanak- kanak saling dorong satu sama lain."
Menurut keterangan dari pihak sekolah di Daerah Chikballapur , Negeri Karnataka, sebelah barat daya India, Anusha ketika itu terjebak di antara gerombolan anak- anak yang sedang berjalan melalui beranda sekolah.
Ketika dia tiba di depan sajian makanan, dia terjatuh ke dalam periuk berisi Sambar , sebuah makanan biasa disajikan di India selatan diperbuat daripada kacang polong, yang mendidih, seperti dilapor Daily Mail, Khamis (19 /9).
Sambar adalah sejenis makanan berupa kari sayur-sayuran pedas yang popular di bahagian selatan India. Makanan ini disajikan dengan keadaan mendidih dan dimasak di dalam periuk - periuk besar .
Anusha menderita luka terbakar 70 peratus. Ketika ambulans tidak kunjung datang , guru besar sekolah kemudian membawa gadis kecil itu ke hospital. Namun dia meninggal beberapa jam kemudian.
Akibat kejadian itu, pejabat pendidikan Daerah Chikballapur , Krishnappa , dan tiga tukang masak sekolah itu diminta beri keterangan atas kes ini.
Ayah Anusha , Gangappa Ashwathappa , menolak melaksanakan pengebumian sehingga kes yang mengorbankan anaknya itu diselesaikan.
"Saya tidak akan mengkremasi tubuh anak saya sampai pihak sekolah, termasuk guru besar sekolah dan tiga tukang masaknya , datang ke sini," kata Gangappa . "Saya ingin bertanya kepada mereka, apa yang mereka lakukan ketika kanak- kanak saling dorong satu sama lain."
Ahli kongsi gelap sumbang RM2000 kepada maahad tahfiz
Husam menceritakan bagaimana peristiwa itu berlaku.
KUALA NERANG - Disebabkan keinginan mendalam mereka untuk mendapatkan ganjaran syurga, tiga individu yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, memberi sumbangan RM2,000 masing-masing kepada beberapa maahad tahfiz di sekitar Kodiang dengan harapan menebus dosa yang mereka lakukan masa lampau.
Kisah menarik itu disampaikan oleh Husam Baderuddin, anak Mufti Kedah, di pekarangan Maahad Tahfiz Ar-Riadah, Kodiang, beberapa hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.
Beliau berkata, kejadian itu bermula apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux menghampirinya dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an memperkenalkan diri sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.
Dua lagi hanya menanti di dalam kenderaan itu.
Beliau berkata, sebaik sahaja mendengar perkataan kongsi gelap, beliau berasa gerun dan ketika itu hanya berserah kepada ALLAH tentang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku ke atas dirinya.
Sebaliknya, dia menjadi hairan apabila lelaki itu menyatakan hasrat mereka bertiga hendak menyumbang wang kepada maahad tahfiz itu untuk menebus dosa yang mereka telah lakukan dan dan bagi mendapatkan syurga sebagai ganti.
Katanya, lelaki itu membuat pengakuan mereka banyak kekurangan dalam amal ibadat, termasuk gagal menunaikan solat lima waktu dan mengambil jalan mudah untuk mendapat ganjaran syurga.
Tidak jahil agama
Husam berkata, daripada percakapannya, beliau percaya lelaki yang menemuinya itu tidak menggambarkan seorang yang jahil dari segi agama, dan mempunyai kesedaran berkaitan agama sehingga sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan pahala.
“Saya diberitahu bahawa mereka (bertiga) berasal dari Changloon dan dibesarkan di situ selama 10 tahun, sebelum berpindah ke Thailand lebih 30 tahun. Selain aktiviti kongsi gelap, lelaki itu turut menjalankan perniagaan menjual tayar di negara jiran.
“Lelaki itu memberitahu bahawa wang itu adalah sebagai sumbangan atau infak kepada maahad tahfiz.
"Katanya, wang yang hendak disumbangkan itu adalah hasil keuntungan daripada penjualan tayar dan bukan wang daripada aktiviti kongsi gelap,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau, yang juga Yang Dipertua Yayasan Ar-Riadah berkata, tindakan lelaki itu menyumbang kepada maahad tahfiz di Kodiang itu bersama rakan-rakannya, bukan perkara baru.
Mereka sering memberi sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz di tempat lain setiap bulan ketika keluar dari Thailand.
Bagaimanapun, beliau terkejut dan tergamam apabila lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol secara tiba-tiba dari jaketnya.
“Waktu itu saya sudah pun setuju untuk menerima sumbangan itu. Tetapi, saya jadi terkejut apabila dia keluarkan sepucuk pistol dan letakkan di atas meja.
“Saya bertanyakan kepada dia, untuk apa dia keluarkan pistol. Dia kata, dia sebenarnya, ingin keluarkan wang yang disimpan dalam poket yang sama,” katanya.
“Dia tidak mengancam saya. Dia bercakap baik-baik sahaja. Cuma saya yang terkejut apabila dia keluarkan pistol secara tiba-tiba.
“Mana tidaknya. Selalunya saya hanya tengok pistol dalam televisyen, tetapi masa itu saya melihat pistol dengan mata kepala sendiri. Memang menggerunkan,” katanya.
Tidak bunuh orang awam
Husam berkata, beliau mengambil peluang dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu untuk bertanya beberapa perkara kepada lelaki itu, termasuk berkaitan aktiviti kumpulan kongsi gelap yang semakin hangat diperkatakan di akhir-akhir ini.
“Dia memberitahu bahawa kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku adalah melibatkan sesama ahli kumpulan kongsi gelap dan bukan orang awam. Ia berlaku disebabkan oleh perasaan marah, dendam, dengki dan sebagainya.
“Meskipun menyertai kumpulan itu, dia mendakwa dia tidak pernah membunuh orang. Dia mungkin menyimpan senjata api itu untuk keselamatan diri sendiri sahaja,” katanya.
Dalam perbualan itu, lelaki itu memberitahunya, bahawa pembunuh upahan yang berjaya membunuh seorang individu yang dikehendaki akan menerima upah antara RM500 dan RM1,500.
“Saya amat terkejut dengan kenyataan ini. Rupanya beginilah nilainya harga manusia sekarang, sedangkan kerajaan meletakkan begitu banyak papan tanda (di tepi jalan raya) supaya rakyat menghargai nyawa masing-masing,” katanya.
Berdasarkan peristiwa tiga anggota kongsi gelap yang dilihatnya itu, Husam menasihatkan masyarakat supaya tidak menilai seseorang itu dari segi zahir semata-mata.
Beliau menyebut sabda Nabi SAW, yang bermaksud: “ALLAH tidak pandang gambaran luaran kamu, ALLAH pandang hati kamu”.
“Jadi, jangan menilai dia dan anggota geng yang lain dengan gambaran buruk. Memang secara fahaman kita, mereka ini adalah samseng dan sebagainya. Mereka juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap anak Adam ada salahnya.
“Cuma kita mendoakan agar mereka ini kembali ke jalan sebenar. Kesedaran mereka mengenai agama itu ada. Mereka juga manusia seperti kita,” katanya.
Sinar Harian
Gadis Nikahi Anjing Peliharaan Setelah Dikecewakan Ramai Lelaki
Seorang gadis cantik dikenali Emily Mabou, 29, bertindak menikahi seekor anjing selepas banyak kali dikecewakan ramai lelaki yang pernah menjadi teman lelakinya. Emily yang berasal Desa Aburi, Togo, mengatakan, hanya pada anjing berkenaan sahaja dia melihat sifat jujur yang didambakannya selama ini.
”Saya sudah berkawan dengan ramai lelaki tetapi mereka semua sama saja. Mereka hanya inginkan hubungan seks dan suka berbohong. Anjing saya lain, dia baik, setia pada saya dan selalu menghormati saya,” jelas Emily.Perkahwinan Emily dan anjingnya dilangsungkan oleh seorang paderi tempatan dengan dihadiri ramai kenalan serta penduduk setempat. Bagaimanapun, majlis ini tak dihadiri ahli keluarga Emily kerana mereka menganggap perbuatan Emily tidak masuk akal.
Subscribe to:
Posts (Atom)