Sunday, December 15, 2013

WAJAH SUSPEK YANG MENYEBABKAN KEMATIAN SEORANG ANGGOTA TLDM TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.





Tersebar di blog-blog ketika ini, wajah suspek yang didakwa membelasah hingga mati rakan anggota TLDM,  LK I PAP ASRUP BIN RAIDIN yang berasal dari Sabah

Awal minggu ini, seorang anggota TLDM dilaporkan telah mati lemas ketika menjalani latihan. Namun, laporan itu disangkal dengan penyebaran gambar muka anggota TLDM tersebut yang seakan-akan teruk dibelasah. Muka mangsa lebam dan terdapat kesan dicucuh dengan puntung rokok.

Mengikut pihak yang mula-mula memuat naik gambar itu, kes mati lemas meragukan dan seolah-olah terdapat konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup cerita sebenar.

Sejurus tersebarnya gambar itu, Pihak TLDM telah mengeluarkan kenyataan bahawa suatu siasatan terperinci akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian.

Semoga maklumat yang berlegar di alam maya ini dapat membantu pihak berwajib untuk merungkai kekusutan demi kebenaran dan keadilan.

No comments:

Post a Comment