Monday, December 9, 2013

perasaan cemburu Qi apabila gambar agak mesra kekasihnya, Nelydia Senrose bersama Sharnaaz

Dipetik Sumber : beautifulnara
Abang Nara sokong kata-kata Qi Razali. Secara logiknya Abang Nara pun akan jeles sekiranya melihat kekasih hati dipegang oleh lelaki lain. Abang Nara memahami perasaan cemburu Qi apabila gambar agak mesra kekasihnya, Nelydia Senrose bersama Sharnaaz tersebar baru-baru ini. Kalau tak cemburu, memang tak masuk akal lah. Confirm hati pedih punya!!!
qi nelydia
Namun begitu ke”gentleman” Qi Razali terserlah apabila mengaku kontroversi itu adalah kesalahan dirinya. Macho betul Qi ini. Bukan senang nak mengaku kita buat silap. Bagi Abang Nara ini perkara biasa. Pasangan bercinta wajar cemburu. Kata Qi menerusi Kosmo:-
Ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai.
nelydia qiTerbaru Sharnaaz ada berkongsi gambar di atas menerusi akaun Instagramnya. Namun kali ini Qi tidak lagi mengeluarkan status-status cemburu seperti yang pernah dilakukannya. Qi memahami bahawa apa yang dilakukan oleh Sharnaaz ialah salah satu cara mempromosikan drama terbaru lakonannya dan bukanlah satu provokasi terhadap dirinya.
Biasalah kalau kekasih hati seorang pelakon inilah asam garam yang perlu ditempuhi. Diharap Qi bersabar. Jangan cepat cemburu. Kekalkan kemachoan seperti sekarang ini. Lepas ini kalau nak luahkan perasaan pun kenalah tanya kepada Nelydia dulu. Takut nanti berlaku salah faham sekali lagi. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment