Friday, August 2, 2013

Tak rela dimadu

Sumber : Ohartis

ohartis-neelofa-enggan-bermadu
Biarpun menyedari jodoh merupakan ketetapan Allah SWT, pelakon filem ‘Lemak Kampung Santan’, Neelofa menjelaskan pendiriannya yang tidak sanggup hidup bermadu jika perkara seperti ini terjadi kepada dirinya.
“Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah,” ujar Lofa.
Bersama TV9 pada Raya tahun ini, anda akan dihiburkan dengan pelbagai rancangan terbaik bermula pada malam raya sehingga hari raya keempat bersesuaian dengan tema TV9 pada tahun ini iaitu 5 Malam 4 Hari. Layari http://www.ramadanraya.com.my/
Sebelum ini, Lofa dikatakan menjalinkan hubungan bersama penerbit dan pelakon popular, Hans Isaac namun keduanya enggan mengesahkan perkara tersebut.
Menyentuh perkembangan kerjaya, filem lakonannya ‘Lemak kampung Santan’ yang akan menemui penonton pada Aidilfitri ini manakala dua filem yang bakal ditayangkan tahun hadapan adalah ‘Pilot cafe’ dan ‘Gangsters Superstar’. Selain itu, dia juga ditawarkan membintangi filem ‘Hantu Kapcai 2′.
Sumber: Media Hiburan

No comments:

Post a Comment