28/08/2013 5:19pm
BUKIT MERTAJAM - Akibat perbuatan menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis, seorang ‘budak pejabat’ berhadapan hukuman penjara lima tahun dan denda selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan berasingan iaitu menghalang tugas anggota polis dan menunjukkan isyarat lucah kepada pasukan ke selamatan itu.
Tertuduh, K. Thasarathan, 31, yang berasal dari Permatang Batu, di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Thasarathan didakwa telah menghalang penjawat awam (anggota polis) dari menjalankan tugas melakukan pemeriksaan terhadap di rinya dan didapati bersalah mengikut Seksyen 185 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didapati bersalah kerana telah menunjukkan isyarat lucah dengan tujuan mengaibkan kehormatan anggota polis terbabit dan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa telah dilakukannya kira-kira pukul 6.15 petang 25 Ogos lalu di Kilometer 140 Lebuhraya Utara Selatan menghala arah Sungai Dua. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2dKkv05OF
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment