Video Kejam
Ibu bapa bayi tersebut yang curiga dan bimbang telah memasang CCTV tersebut ketika mereka keluar bekerja. Mereka terkejut apabila rakaman menunjukkan pembantu rumah berkenaan menolak anak perempuan mereka ke lantai.
Dia kemudian telah menendang muka dan perut bayi malang itu sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Pembantu rumah tersebut kemudiannya mengheret bayi yang tidak bermaya itu keluar dari ruang berkenaan, lapor akhbar tempatan.
Ibu bapa bayi itu memberitahu akhbar New Vision bahawa anak mereka dalam keadaan trauma dan cedera.
Video yang menyentap perasaan itu kini telah ditonton dan dikongsi ribuan kali di media sosial.
Polis Uganda menahan seorang pembantu rumah atas dakwaan percubaan untuk membunuh selepas dia didapati mendera seorang bayi berusia 18 bulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Jurucakap polis, Fred Enanga berkata, Jolly Tumuhiirwe, 22, telah ditahan atas dakwaan percubaan untuk membunuh. Dia akan dibicarakan di mahkamah pada 8 Disember ini.
No comments:
Post a Comment