Wednesday, November 26, 2014

Kad memori terlepas, Gambar panas artis lelaki tersebar!!!


PENULIS tak tahu nak cakap apa lagi tentang selebriti-selebriti tempatan kita nih. Kalau pun dah kemaruk sangat nak bikin aksi-aksi panas dengan ramai gadis dan wanita, janganlah sampai perkara tersebut diketahui oleh pihak lain.
Senang cakap, pandai makan pandailah simpan. Haa…Korang semua jangan salah faham ya. Penulis cakap macam ni bukanlah bermaksud penulis ni menggalakkan lagi selebriti-selebriti kita membuat perkara-perkara yang mendatangkan maksiat serta onar.
Tapi, penulis cuba nak menyedarkan diaorang bahawa implikasinya sangat besar jika apa yang mereka lakukan ini didedahkan secara sengaja atau tidak serta terbongkar di pengetahuan umum.
Insiden inilah yang berlaku terhadap seorang selebriti lelaki tempatan kita. Tak payahlah penulis sebutkan nama dia, sebab bikin tambah dosa saja. Yang malu dia dengan keluarga dia jugak nanti.
Tapi, sebelum ini dia ini memang dikenali sebagai seorang yang ‘player’. Tapi, dia tak pernah nak mengaku. Tapi, kalau dah banyak simpan koleksi gambar dengan beberapa perempuan, apa kes bang?
Nak dijadikan cerita, si selebriti tempatan yang sengal nih, pergi hantar telefon untuk diservis. Punyalah sengal si selebriti nih, sampai dia terlupa nak ambil kad memori dia.
Bila kad memori tersebut dapat di tangan orang lain, korang rasa. Memang free-freelah, koleksi gambar-gambar panas dia jadi tontonan beberapa orang.
Bila dapat saja tahu dia selebriti, orang yang pegang kad memori tu, terus charge bayaran pada siapa-siapa yang mahukan gambar tersebut.
Ishhh geleng kepala penulis mendengarnya. Setakat ini, gambar-gambar tersebut masih belum lagi tersebar di media sosial. Tapi, siapa tahu, lepas ini ada saja keyboard warrior yang akan melakukannya. Tak mustahilkan?
Tolonglah jangan simpan gambar aksi panas anda di dalam telefon bimbit. Bahaya!!!

Tuesday, November 25, 2014

VIDEO Bayi Didera Pembantu Rumah 'Binatang' Tersebar






Video Kejam 




KAMPALA:"Video kanak-kanak yang dipukul ini amat menggemparkan. Sebarang perbuatan mendera atau keganasan terhadap kanak-kanak adalah tidak boleh diterima,” kata ketua agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Uganda, Aida Girma.

Ibu bapa bayi tersebut yang curiga dan bimbang telah memasang CCTV tersebut ketika mereka keluar bekerja. Mereka terkejut apabila rakaman menunjukkan pembantu rumah berkenaan menolak anak perempuan mereka ke lantai.

Dia kemudian telah menendang muka dan perut bayi malang itu sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Pembantu rumah tersebut kemudiannya mengheret bayi yang tidak bermaya itu keluar dari ruang berkenaan, lapor akhbar tempatan.

Ibu bapa bayi itu memberitahu akhbar New Vision bahawa anak mereka dalam keadaan trauma dan cedera.

Video yang menyentap perasaan itu kini telah ditonton dan dikongsi ribuan kali di media sosial.

Polis Uganda menahan seorang pembantu rumah atas dakwaan percubaan untuk membunuh selepas dia didapati mendera seorang bayi berusia 18 bulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Jurucakap polis, Fred Enanga berkata, Jolly Tumuhiirwe, 22, telah ditahan atas dakwaan percubaan untuk membunuh. Dia akan dibicarakan di mahkamah pada 8 Disember ini.