Monday, April 21, 2014

KEHEBATAN PILOT PESAWAT MAS MH192 TERBUKTI

Tayar pesawat MH192 meletup ketika berlepas - MASPESAWAT Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ), di Sepang, jam 1.56 pagi ini. - Foto Sairien Nafis
KUALA LUMPUR: Pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India malam tadi terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas, menurut kenyataan Malaysian Airlines (MAS).

Pesawat dengan 159 penumpang dan 7 anak kapal itu yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam tadi, selamat mendarat pada jam 1.56 pagi tadi. 


"Kapten segera dimaklumkan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines pada jam 10:25 malam. 


"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines, pesawat berkenaan dikehendaki berpatah balik ke KLIA," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH192 dijadual semula pada 3.30 petang ini dan akan tiba di Bangalore pada jam 5.00 petang nanti.


Foto
PEMANGKU Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media berkenaan pendaratan cemas pesawat MAS MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
SEPANG: Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.

Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India, berkata walaupun ia adalah detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali. 

No comments:

Post a Comment