Pesawat dengan 159 penumpang dan 7 anak kapal itu yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam tadi, selamat mendarat pada jam 1.56 pagi tadi.
"Kapten segera dimaklumkan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines pada jam 10:25 malam.
"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines, pesawat berkenaan dikehendaki berpatah balik ke KLIA," menurut kenyataan itu.
Penerbangan MH192 dijadual semula pada 3.30 petang ini dan akan tiba di Bangalore pada jam 5.00 petang nanti.
PEMANGKU Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media berkenaan pendaratan cemas pesawat MAS MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India, berkata walaupun ia adalah detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.