Wednesday, November 27, 2013

Lana Nordin Sudah Dimiliki

Sumber : Beautifulnara

Tatkala kami membaca artikel mengenai Johan As’ari, 27, yang telah melamar Lana Nordin, 34, setelah tiga hari berkenalan di sisipan HIP Berita Harian (BH) pada hari ini, kami mengatakan, “Beh, mesti gimik drama saja -_-”.

Tetapi semakin kami membacanya, semakin jelas bahawa ia bukan gimik atau dongengan. Johan As’ari, pelakon yang baru-baru ini digembar-gemburkan rapat dengan Shila Amzah, penyanyi sedang mencipta nama di luar negara, telah membuat pengakuan yang dirinya telah melamar pelakon seksi lagi meletup, iaitu Lana Nordin untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak hati’.
Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.
Johan turut menambah yang dirinya sudah bersedia menjadi suami dan dia turut memberitahu yang pilihannya direstui oleh keluarga Shila Amzah yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.
Mereka memberi saya restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan-santun. Dia masih muda dan masih jauh perjalanannya. Dia bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang.
Tidak dapat dipastikan apakah komen Shila tentang perkara ini, namun di Twitter dia ada menulis:-
 photo shila.png
Kami hampir pasti tweet ini tiada kena mengena dengan Johan As’ari. Untuk penjelasan panjang lebar Johan tentang cinta agungnya, sila dapatkan naskhah BH anda hari ini. Johan memberitahu perkahwinan mereka besar kemungkinan akan dilangsungkan pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment