Wednesday, November 27, 2013

Lana Nordin Sudah Dimiliki

Sumber : Beautifulnara

Tatkala kami membaca artikel mengenai Johan As’ari, 27, yang telah melamar Lana Nordin, 34, setelah tiga hari berkenalan di sisipan HIP Berita Harian (BH) pada hari ini, kami mengatakan, “Beh, mesti gimik drama saja -_-”.

Tetapi semakin kami membacanya, semakin jelas bahawa ia bukan gimik atau dongengan. Johan As’ari, pelakon yang baru-baru ini digembar-gemburkan rapat dengan Shila Amzah, penyanyi sedang mencipta nama di luar negara, telah membuat pengakuan yang dirinya telah melamar pelakon seksi lagi meletup, iaitu Lana Nordin untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak hati’.
Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.
Johan turut menambah yang dirinya sudah bersedia menjadi suami dan dia turut memberitahu yang pilihannya direstui oleh keluarga Shila Amzah yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.
Mereka memberi saya restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan-santun. Dia masih muda dan masih jauh perjalanannya. Dia bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang.
Tidak dapat dipastikan apakah komen Shila tentang perkara ini, namun di Twitter dia ada menulis:-
 photo shila.png
Kami hampir pasti tweet ini tiada kena mengena dengan Johan As’ari. Untuk penjelasan panjang lebar Johan tentang cinta agungnya, sila dapatkan naskhah BH anda hari ini. Johan memberitahu perkahwinan mereka besar kemungkinan akan dilangsungkan pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan.

Saturday, November 23, 2013

Bangga Bercium

Well apa yang nak di kata kat sini tengok lah gambar-gambar remaja melayu/islam sekarang ni dah macam orang bukan islam, dari segi pakaian mahupun perbuatan. Kenapa eh dorang berani buat macam ni tangkap gambar lepas tu tunjuk kat satu dunia, tak malu ke.. ataupun terpegaruh dengan artis-artis opss sebab artis pun ada berperangai macam ni jugak kan.. 

Ini bukan ingin memalukan tetapi gejala ini tidak dipandang serius oleh orang ramai yang hanya berkata "biarlah dosa dorang tanggung" padahal gejala ini boleh merebak dan terkena saudara atau adik- beradik, anak-anak kita nanti jika tidak dibendung. Ya itulah kuasa pengaruh rakan sebaya, kuasa ingin mencuba benda baru dan ingin "up" diri masing-masing amat tinggi.

Cuba korang nilaikan sendiri mana letaknya moral,akidah dan perasaan malu budak-budak zaman sekarang ni, ke didikan agama mak bapak bagi tak cukup.. ataupun nak kena buat undang2 baru kat malaysia ni supaya berkelakuan sopan. 

Apa-apapun mohon di bukakan pintu hati dan bertaubatlah. Amin..
  









Adakah perempuan pemandu yang bodoh?






Thursday, November 14, 2013

Di suatu malam di katil hospital


Di suatu malam, seorang lelaki yang sedang nazak dan bakal menemui ajal membuat pengakuan kepada isterinya yang setia menemaninya di tepi katil hospital.

Suami : Sayang, maafkan abang. Sebenarnya kawan baikmu Shasha, dia adalah madumu. Abang telah menikahinya.
Isteri    : Tak apa abang, ayang sudah tau.
Suami : Abang juga telah bernikah dengan kawan pejabat ayang, Ita.
Istri    : Itupun ayang sudah tahu
Suami : Terakhir abang juga nikah dengan Siti. Kawan ofis abang.
Isteri     : Sudahlah abang.. Semuanya ayang sudah tahu. Sekarang abang tenang saja, biarkan "Racun" yang abang minum tadi bekerja.

UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper

Keputusan UPSR sudah keluar. Budak-budak darjah 6 dah tahu kemana arah mereka selepas ini. Dapat masuk ke sekolah berasarama penuh atau tidak.


Ini aalah hala tuju pertama yang ditentukan sendiri oleh diri, dengan hasil usaha yang telah dilakukan, kita tahu dimana tahap kita dan hasilnya kita akan belajar di mana, adakah di sekolah yang terbaik?

Namum itu cerita orang yang berjaya, kepada yang gagal dalam UPSR ini, tak erlu gusar, ini baru permulaan, jauh lagi perjalanan. Tak semestinya kita gagal UPSR, kita akan gagal selamanya. Selepas masuk ke peringkat sekolah menengah nanti, berusahalah lebih gigih lagi.

UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper


Ini ada cerita menarik UPSR 2013, apabila seorang ayah telah mengahdiahkan anaknya yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat keputusan 5A. Ayahnya telah hadiahkan kereta Mini Cooper kepada anaknya

Ambil kau. Bukan murah tu beb. Tu baru UPSR, kalau dapat semua A dalam SPM nanti, silap-silap adik ni dapat hadiah kereta Ferrari kot.
 

Hantu masuk dalam kereta


Wednesday, November 13, 2013

Lana Nordin Pakai Baju Tertonjol Cetus Kontroversi Hebat!

Lana Nordin Pakai Baju Tertonjol Cetus Kontroversi Hebat! - Kami bukanlah sengaja ingin dedah gambar-gambar seksi dan menonjolkan perkara yang tidak elok. Namun, kami tertarik dengan kenyataan sesetengah artis yang boleh dikatakan selalu berpakaian yang agak mendedah namun masih cuba tegakkan benang yang basah sehingga ramai yang memberi spekulasi bahawa artis-artis ini langsung tidak mengambil berat tentang agama tambahan yang beragama Islam.
Begitulah yang terjadi dengan pelakon, Lana Nordin. Kalau ada yang singgah di laman Instagram beliau, ada saja komen-komen negatif dan tidak kurang juga berunsur lucah yang diberikan pada gambar-gambar yang dimuatnaik.
Sememangnya, komen-komen negatif adalah perkara biasa untuk seseorang artis. Orang biasa pun adakalanya terima komen dan kritikan sebegini. Tapi, ada eloknya kalau sesetengah komen tidak dijawab.
“Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.”
Baru-baru ini, ada juga kes Lana membalas komen seorang peminat yang mengatakan beliau pelakon ‘sendu’.
“Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.”
“Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.”
“Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang.”
Kalau Mahu Tegur Saya Seksi, Jangan Sampai Memalukan   Lana Nordin
Kami faham Lana cuba membela diri. Namun, mungkin gadis ini patut lebih bersedia kalau ingin ketengahkan imej seksi.
Instagram tiada bahagian ‘private message’, kalau ada pasti ramai yang akan lebih ‘sopan’ menegur Lana dan tidak memalukan Lana.
Yang lucah-lucah dan negatif itu, memang patutlah disekat akses ke akaun Instagram Lana. Namun yang cuba menasihati, kami rasa mereka ini ambil berat tentang Lana sebagai saudara Islam. Bukanlah niat untuk memalukan.
Apa pun, kita semua memang patut menegur antara satu sama lain sebagai peringatan. Namun, tidak elok kalau diaibkan. Doakanlah saja kalau anda sudah cuba menegur sebaik yang mungkin.
Semoga Lana lebih peka menilai mana satu komen negatif dan mana satu nasihat yang jujur.SUMBER