Tahniah buat Penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya selamat bergelar tunangan kepada pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali atau lebih di kenali sebagai Eddie semalam. Majlis pertunangan itu berlangsung dengan meriah di rumah pihak perempuan di Ukay Perdana kira-kira jam 6.45 petang.
Majlis pertunangan itu di wakili oleh anak sulung masing-masing, pihak Eddie di wakili oleh anak lelakinya iaitu Mohd Daniel, 21 manakala pihak perempuan di wakili oleh anak sulung perempuan Raja Azmi iaitu Puteri Suraya Mohd Jalani, 28.
Menurut Raja Azmi, biarpun mereka berkenalan dalam jangka masa yang singkat lalu merancang untuk berumahtangga dia tetap percaya bahawa Eddie adalah pilihan yang sesuai untuk dirinya. Malah bersyukur kerana hubungan itu di terima baik oleh anak-anak.
“Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu. Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya,” jelas Raja Azmi.
Raja Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mie, 53 mendedahkan hubungan cinta dengan Eddie, 45 mula terjalin sejak mereka kerap bertemu di pusat gimnasium sejak 5 bulan yang lalu.
OHARTIS: DULU MAK BAPAK PINANG UNTUK ANAK, SEKARANG ANAK PINANG UNTUK MAK BAPAK
No comments:
Post a Comment