Tuesday, July 30, 2013

Dera Amah di Singapore

Brazilian candid camera / new shampoo ..losing hair

Real Jews and Real Muslims are friends

jewish rabbis recognize prophet muhamed as the last prophet.wmv

Jew and muslim pray alike

ᴴᴰ Muslim Praying during Graduation in front of THOUSANDS

Very Emotional Video new convert To Islam the best scenes Ever seen in W...

prophets grave

Grand Expansion of Al Haram Mosque

NEW Kaaba Project 2020

Rain in Makkah

Ni baru betul Pakar

Sejurus Sebelum Tsunami Melanda Jepun

Lagu Penuh Pengajaran

Prank Bodoh Jepun

Real Aksi Ilmu Kebal

Mati Dalam Keadaan Zina Na'udzubillah

Bagaimana ular makan telur

Friday, July 19, 2013

CHIN SIAU LAN - 'SAYA SEBENARNYA MANGSA'



Chin Siau Lan - 'Saya Sebenarnya Mangsa' | KUALA LUMPUR – Wanita yang dituduh menyerang suami dan ibu mertuanya dengan sudip besi menafikan dakwaan dia berbuat demikian, sebalikya mengatakan dialah yang menjadi mangsa dalam kes tersebut.

Chin Siau Lan, 31, mendakwa dialah individu yang dilibas dengan parang oleh suaminya ketika pergaduhan yang berlaku antara ketiga-tiga mereka.Dia mendapat 17 jahitan ekoran kejadian itu.

Chin berkata dia telah dikelar dibahagian lengan, jari dan telinga oleh suaminya di kondominium mereka di Bandar Baru Klang pada 6 Ogos lalu.

“Dakwaan mereka menjadi mangsa dan saya memukul mereka dengan sudip besi tidak benar,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Minggu lalu, Liew Pang@Low Pang, 37 dan Liw Kae Poh,67, memberitahu pemberita mereka diserang oleh Chin dengan sudip besi hingga cedera dan luka mereka terpaksa dijahit.

Kedua beranak itu mendakwa mereka diserang ketika bergaduh mengenai kertas judi.

Menurut Chin, drama itu bermula sebaik sahaja suaminya pulang ke rumah selepas berjudi di Genting Highlands pada pukul 10.30 pagi.

Chin yang sudah tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya yang suka berjudi itu, bersemuka dengan suaminya, hingga menyebabkan pertengkaran itu menjadi lebih besar apabila ibu mertuanya campur tangan.

“Apabila ibu mertua saya masuk campur, saya bertanya mengenai kertas judi yang saya simpan atas meja dan ia telah mencetuskan kemarahannya,” kata Chin.

Dia berkata suaminya kemudian melibasnya dengan sebilah parang.Chin mendakwa dia telah didera sejak mereka berkahwin dalam satu upacara tradisional Cina dua tahun lalu.

Mereka tidak berkahwin mengikut undang-undang yang sah kerana Liew tidak pernah bercerai dengan isteri pertamanya, serta mempunyai tiga anak dengan wanita tersebut.Dia juga menyangkal dakwaan dia mendera anak suaminya, sebaliknya menegaskan mereka tinggal ibu mereka.

Chin, berkata dia sangat terkejut apabila melihat gambar Liew dan Lim di dalam surat khabar dengan kesan luka dan lebam, dia mendakwa pada hari kejadian mereka tidak mengalami sebarang pendarahan.

Sementara itu, Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Michael Chong berkata dia telah bertemu secara peribadi dengan pemangku Ketua Polis Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk A. Thaiveegan untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

Liew ketika dihubungi menegaskan dia dan ibunya tidak bersalah.

Dia bagaimanapun, enggan mengulas, sebaliknya berkata dia telah membuat beberapa laporan polis berhubung perbalahan yang berlaku dalam keluarganya. -mstar online

Thursday, July 18, 2013

Saya Tak Hina Islam : Ng Mun Tatt





ISU HINA ISLAM, NG MUN TATT TIDAK MENGAKU BERSALAH | Remaja yang dibelasah kerada didakwa ‘tumpang semangkuk’ menghina agama Islam dalam pos Facebook yang dibuat blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee menafikan bahawa dia pernah berbuat demikian.

Ng Mun Tatt, remaja yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu sebaliknya mendakwa penculik mahu memeras wang daripada keluarganya.

Memetik laporan The Star, Ng yang baru pulang ke Shah Alam dari Johor Bahru dua bulan lalu turut memberikan kenyataan bahawa penculiknya tidak ada berkata apa-apa tentang tindakannya menghina agama Islam ketika dia berada di tangan mereka.

“Saya memang ada akaun Facebook tapi saya hanya memuat naik status tentang potongan rambut,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini.


Ng turut mengaku, dia tidak begitu lancar berbahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu.
Dalam laporan media sebelum ini, Ng dikatakan telah diculik ketika sedang makan bersama teman wanitanya di Shah Alam sekitar jam 4.30 pagi Isnin lalu, sebelum dibawa ke kawasan hutan lalu dibelasah dan dibogelkan. Badannya turut diconteng ‘Saya Hina Agama Islam’.
Ng mendakwa, penculikan itu tidak ada kena mengena dengan sebarang status di Facebook tetapi penculik melakukan demikian (menconteng badannya) kerana tidak mahu dia melarikan diri.
“Mereka kata saya pasti dibelasah oleh mana-mana orang Islam kalau saya lari,” ujarnya.
Menurut Ng, dia tidak mengingat dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku setelah dia diculik kerana dia telah dikhayalkan, ditutup mata dan dipukul oleh lapan lelaki terlibat.
Bagaimanapun dia teringat ada mendengar penculik berkenaan bertanya nombor pin kad bank menerusi telefon bimbit kepada abang iparnya.
Selepas itu dia langsung tidak sedarkan diri hinggalah terjaga kira-kira pukul 10 pagi di dalam estet dengan contengan di badan. Dia terus keluar dari situ sebelum dibawa ke balai polis oleh pemandu motosikal yang melalui lebuhraya Duke.

Wednesday, July 17, 2013

Roh keluar di saat kematian....saksikanlah

Fatwa 2013 : Haram kahwin sekampung



JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.

Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 17 Julai 2013:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

Tuesday, July 16, 2013

Yang Paling Cepat




Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.

"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua. "Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Jelingan Menggoda ;)

curi kereta cara baru

Selamat Bertunang

Credit : Ohartis.com

ohartis-raja-azmi-bertunang-5
Tahniah buat Penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya selamat bergelar tunangan kepada pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali atau lebih di kenali sebagai Eddie semalam. Majlis pertunangan itu berlangsung dengan meriah di rumah pihak perempuan di Ukay Perdana kira-kira jam 6.45 petang.
Majlis pertunangan itu di wakili oleh anak sulung masing-masing, pihak Eddie di wakili oleh anak lelakinya iaitu Mohd Daniel, 21 manakala pihak perempuan di wakili oleh anak sulung perempuan Raja Azmi iaitu Puteri Suraya Mohd Jalani, 28.
Menurut Raja Azmi, biarpun mereka berkenalan dalam jangka masa yang singkat lalu merancang untuk berumahtangga dia tetap percaya bahawa Eddie adalah pilihan yang sesuai untuk dirinya. Malah bersyukur kerana hubungan itu di terima baik oleh anak-anak.
“Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu. Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya,” jelas Raja Azmi.
Raja Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mie, 53 mendedahkan hubungan cinta dengan Eddie, 45 mula terjalin sejak mereka kerap bertemu di pusat gimnasium sejak 5 bulan yang lalu.
ohartis-raja-azmi-bertunang-2
ohartis-raja-azmi-bertunang-3
ohartis-raja-azmi-bertunang-4
OHARTIS: DULU MAK BAPAK PINANG UNTUK ANAK, SEKARANG ANAK PINANG UNTUK MAK BAPAK

jangan gelak! kalo xtahan, silakan...

Monday, July 15, 2013

Pawang Diterkam Buaya saat Ritual Pelepasan

perompak paling sopan didunia

perompak paling sopan didunia

McDonalds: lelaki belasah perempuan sebab lintas barisan..

Orang Bota Order Piza

pemain Man.u cakap melayu.flv

".. Perbezaan Cinta Sebelum dan Selepas Kahwin .."


Soalan Dari Sahabat FB :
Boleh saya tahu apa perbezaan cinta sebelum kahwin,selepas bertunang dan selepas kahwin? Mohon penjelasan!



Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Sebaik baiknya kita jauhi..



Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

Pertama :
Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

Kedua :
Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta

Ketiga :
Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

Keempat :
Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.



Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.



Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya.

Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:



1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.



Sedikit sebanyak penjelasan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda!

Alyah mohon maaf

ohartis-alyah-sebak-isu-banned-akhbar-2
Nama Penyanyi Alyah menjadi sebutan apabila dia dikatakan ingin mem’banned’ sebuah media kerana begitu berkecil hati dengan artikel yang dikeluarkan mengenai hubungan cintanya dengan pengarah muzik, Ramli MS. Namun, Alyah muncul memberi kenyataan bahawa dia tidak berniat untuk banned sesiapa walaupun hatinya benar-benar kecewa dgn isu yang dikeluarkan itu.
“Alyah sebenarnya tidaklah sampai hendak banned mana-mana media mengenai hal yang telah berlaku ini. Cuma Alyah sedikit kecewa dan terkilan kenapa kenyataan itu dikeluarkan sedangkan Alyah tidak pernah memberikan komen apa-apa kepadanya. Alyah sedar mungkin Alyah juga salah tetapi janganlah menghukum Alyah sebegini kerana ini merupakan benda yang agak berat Alyah perlu tempuhi sepanjang bulan yang mulia ini. Sebelum ini, isu baju dan pereka fesyen, dan tahun ini kisah lain pula, Alyah sebenarnya penat untuk bercakap mengenai benda-benda yang sebegini.”
“Apabila kejadian ini berlaku, Alyah benar-benar terpinga kerana Alyah rasa tidak ada masalah dengan mana-mana media, dan di kesempatan ini juga Alyah tidak ada masalah untuk meminta maaf sekiranya benar kesalahan itu datang dari diri sendiri.”
“Siapalah Alyah untuk banned mana-mana media kerana sepanjang bergelar artis dan sehingga dikenali sekarang disebabkan media banyak membantu, oleh itu tiada sebab untuk saya banned mana-mana media,” katanya sayu.
Justeru itu, Alyah dan pengurusnya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada pihak berkenaan sekiranya ada yang terguris hati dengannya. Malah Alyah juga tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan apatah lagi sedang berada di bulan yang mulia ini.
“Saya dengan berbesar hati beserta pihak pengurusan saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan sekiranya sebelum ini saya terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang mengguris hati anda. Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana bagi saya benda ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih efektif,” katanya.
Gambar: Roti Kaya
OHARTIS: ELOKLAH SELESAI CARA BAIK. HATI PUN SENANG.

Sumber : Ohartis.com

Awek comel tak sedar kena rakam dalam webcam

Friday, July 12, 2013

Gigi artis hollywood sebelum dan selepas



Apa kamu ingat seleb luar negara gigi mereka sempurna sejak azali? Penipuan semata-mata! Hanya arris Malaysia yang bergigi semula jadi. Jika ada perubahan ia adalah kerana berkat mengamalkan ambil air wudu setiap hari. #TrueStory







Yang ni senyuman paling menarik




teka teki paling susah

Tuesday, July 9, 2013

Dilarang pakai cincin di jari telunjuk dan tengah

Dilarang pakai cincin di jari telunjuk dan tengah.

Berkata Ali radhiyallahu'anhu: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam melarang aku memakai cincin pada jari ini dan ini. Beliau berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam menunjuk pada jari tengah dan jari sebelahnya (telunjuk)." [HR. Muslim]

Larangan memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk adalah untuk LELAKI sahaja.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :"Kaum muslimin telah berijmak akan sunnahnya lelaki memakai cincin di jari kelingking, ada pun wanita maka boleh memakai cincin-cincin di mana-mana jari-jari mereka. Dan dimakruhkan bagi seorang lelaki untuk memakai cincin di jari tengah dan juga jari yang setelahnya (jari telunjuk), dan hukumnya adalah makruh tanzih." (Al-Minhaaj Syarh Shahih Muslim 14/71) 

ZOey Rahman telah berpunya?

Kredit to : Beautifulnara.com
Berita kurang baik buat peminat wanita yang sudah jatuh cinta dengan insan bernama Zoey Rahman ini. Hari ini menerusi Kosmo, Zoey mengakui yang dirinya sudah pun berpunya. Namun wanita yang berjaya mencuri hatinya bukanlah Elfira Loy seperti yang digosipkan sebelum ini.
zoeyMenurut Zoey, hubungannya dengan Elfira hanya seperti abang dan adik. Lebih-lebih lagi perbezaan umur mereka yang menjangkau 9 tahun. Gadis yang berjaya mencuri hatinya berusia 24 tahun dan kini sedang belajar di sebuah universiti tempatan. Kata Zoey:-
Saya sedang mengenali seorang gadis. Memang kami sudah kawan lama dari zaman Myspace lagi tetapi disebabkan kekangan masa menyebabkan kami pernah terputus hubungan. Saya memang ada merancang untuk berkahwin, Insya-Allah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya menyukainya kerana dia menerima saya seadanya dan senang apabila bersamanya.
zoey
Siapakah gadis bertuah yang berjaya menakluk hati si kacak Zoey Rahman ini? Pasti suatu hari akan terdedah jua. Kepada peminat Zoey, jangan kecewa. Doakan kebahagiaan Zoey. Moga Zoey dapat mendirikan rumahtangga sebelum umur 30 tahun seperti yang diharapkan. Sama-samalah kita doakan.

Super Scary Mirror Demon Prank

Extremely Scary Prank in Brazil

Extremely Scary Prank in Brazil

SCARY MOVIE PRANK (THE RING GRUDGE FUNNY GHOST)

A korean girls "The Ring" prank get's her Knocked Out!

Can You Do This? - Funny Japanese Prank

Beza Sikap Manusia dengan Manusia dan Anjing dengan anjing

Masalah Remaja Kita

Zizan Tiru Gaya Ustaz Azhar Idrus HD

Lawak Orang Tak Puasa