Tuesday, December 30, 2014

Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?

Sumber : Rotikaya


Bukan perkara baru dalam dunia artis jika seseorang itu popular, ada orang di belakang tabir yang akan mula berlagak seperti dunia ini mereka yang punya. Terbaru, pelakon cilik Puteri Balqis terkena tempias dek sifat tidak professional ayahnya sendiri.

Pengarah popular, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo berkongsikan satu perbualan diantara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis memaklumkan perkara pembatalan mengambil pelakon kanak kanak itu untuk produksi mereka.
Ayah Puteri Balqis Sudah Mula Berlagak Diva? - ROTIKAYA
Ayat yang dihantar kakitangan produksi itu cukup professional pada hemat kami namun balasan yang diterima dari ayah Puteri Balqis memang tiada sifat professional, tidak sesuai dengan imej anaknya yang kini mendapat pengiktiran peringkat Asia.
Jinggo turut menambah yang Puteri Balqis belum pun bertemu dengan produksi untuk sebarang perbincangan lanjut dan ayahnya telah meminta deposit 50% dari bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan — mengalahkan bintang besar lain.
Harap lain kali ayah Puteri Balqis atau sesiapa sahaja yang bekerja di belakang tabir boleh lebih professional menguruskan perkara sebegini, barulah kerjaya mereka yang di hadapan kamera ini akan lebih bersinar dan dihormati, ‘kan? (rtky/m)

Sunday, December 28, 2014

Permintaan Terakhir Pilot AirAsia Sebelum Hilang Kontak

Ilustrasi Pesawat AirAsia hilang (3)

Liputan6.com, Jakarta - Pesawat AirAsia QZ 8501 jurusan Surabaya-Singapura dipastikan hilang kontak pada pukul 06.17 WIB. Ada 2 permintaan pilot pesawat berpenumpang 155 orang itu sebelum hilang dari radar.

"Kontak terakhir dengan menara kontrol di Jakarta, pertama pilot minta naik dari ketinggin dari 32 ribu kaki ke 34 ribu kaki melalui menara kontrol di Jakarta dan sudah diizinkan naik," ungkap Staf Khusus Kemenhub Hadi Mustofa kepada Liputan6.com di Jakarta, Minggu (28/12/2014).

Selain dengan menara kontrol di Jakarta, jelas Hadi, sang pilot juga sudah berkoordinasi dengan menara kontrol di Singapura. "Sudah berkoioidinasi juga dengan menara kontrol di Singapura," kata Hadi.

Kemudian, lanjut Hadi, pilot meminta sedikit belok arah sebelum hilang kontak. "Pilot minta izin sedikit berbelok arah tapi tetap di rute internasional biasanya," ujar dia.

Menurut Hadi, Pilot AirAsia bernama Kapten Iriyanto itu tak menyebutkan alasan kenapa meminta izin sedikit berbelok arah. "Tidak disebutkan alasannya, kemungkinan cuaca buruk," tukas Hadi. (Mut)

Luaskan Minda Sepet Anda

Jikalau kita menyebut kepada orang yang berminda sepet akan dua perkara iaitu, pertama, peperangan di Timur Tengah boleh menyebabkan kenaikan harga minyak secara global; dan kedua, kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan, mereka lebih tertumpu kepada perkara kedua dan tidak memperdulikan perkara pertama yang menjadi asas kepada perkara kedua.
Ini adalah kerana minda yang sepet lebih mengutamakan perkara yang lebih mempunyai pengaruh kepada kehidupan seharian mereka.
Maka, berbunyilah suara-suara sumbang apabila saya menulis mengenaiKenapa Tidak Isytihar Darurat Bencana semalam.
Perkara yang mereka nampak hanyalah mengenai urusan tuntutan insuran mungkin terjejas sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan. Timbullah bijak pandai berminda sepet yang bertanya pula: “Berapa ramaikah di antara 160,000 mangsa banjir yang telah mengambil insuran untuk melindungi rumah dari bencana alam seperti banjir? Berapa ramaikah orang kampung yang telah mengambil perlindungan insuran untuk bencana banjir untuk pondok buruk mereka?”
Jawapannya ialah tidak ramai. Bahkan, saya mungkin boleh menyokong minda sepet mereka dengan mengatakan tiada langsung pondok buruk yang diinsurankan dengan perlindungan bencana banjir. Tetapi, untuk yang tidak tinggal di pondok buruk yang ada membuat perlindungan dari bencana banjir di dalam insuran am mereka, pengecualian tuntutan boleh dikenakan oleh syarikat-syarikat insuran, dan ini akan merugikan mereka.
Maka, minda yang sepet dengan segera bersuara menyatakan bahawa hanya mereka yang berkemampuan untuk menambahkan sejumlah 0.5% dari kos insuran mereka untuk perlindungan banjir sahaja yang akan menerima manafaat sekiranya Darurat Bencana tidak diisytiharkan. Jawapannya ialah: ITU TIDAK BENAR.
Hampir sepuluh hari yang Pada tahun lepas, satu pekeliling telah dikeluarkan untuk mangsa banjir di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai pinjaman perumahan untuk membuat tuntutan insuran :
/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0698.jpg
Bayangkan masalah yang boleh mereka hadapi sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan.
Walaupun kuasa untuk mengisytiharkan Darurat Bencana berada di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Perdana Menteri masih perlu berbincang dengan kerajaan di negeri-negeri terjejas untuk pengesahan keadaan darurat kerana kuasa kerajaan negeri-negeri tersebut mengikut undang-undang yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan masih wujud. Sekiranya kerajaan di negeri-negeri tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu bencana itu sudah diluar kawalan, dan menyebabkan jumlah kemalangan jiwa yang amat besar, boleh menyebabkan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri tersebut berada di luar kawalan, dan tidak lagi selamat untuk para pelabur untuk terus beroperasi di situ, maka bolehlah mereka bersetuju untuk mengisytiharkan darurat.
Walau bagaimanapun, tanpa mengisytiharkan Darurat Bencana, Kerajaan Persekutuan telahpun mengerahkan aset-aset di bawah jabatan-jabatan dan kementerian-kementeriannya untuk membantu dalam operasi bantuan bencana banjir bak kata orang kampung, “Beyond the call of duty.” Malah, segala kos operasi bantuan bencana banjir juga ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, bukan oleh kerajaan di negeri-negeri terbabit.
Yang berminda sepet ini juga mahu Darurat Bencana diisytiharkan agar aset-aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dikerahkan di negeri-negeri terbabit. Ingin saya bertanya aset apakah yang digunakan di dalam gambar-gambar berikut?
/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0688.jpg
/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0671.jpg
/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0700.jpg
Tidakkah mereka nampak seramai 1,000 orang anggota tentera darat, 50 buah bot telah dikerahkan ke negeri Kelantan sahaja? Ini tidak termasuk aset-aset seperti bot-bot dan pesawat milik Tentera Udara dan Tentera Laut!
Itulah yang tidak ternampak oleh minda-minda sepet. Mereka hanya nampak perkataan insuran yang telah saya tulis, dan Perdana Menteri umumkan semalam.
Perkara kedua yang telah saya tulis dan tidak ternampak juga oleh minda-minda sepet ialah berkenaan para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka dari negeri-negeri terbabit sekiranya keadaan Darurat Bencana berlaku tanpa membayar sebarang kos kepada kerajaan negeri-negeri tersebut. Tetapi, seperti yang saya nyatakan di permulaan artikel ini, pelaburan asing tidak memberi kesan secara langsung kepada minda-minda sepet. Perkara seperti itu adalah terlalu rumit bagi mereka dan hanya kerajaan negeri sahaja yang patut memikirkan kesannya. Minda sepet hanya hendak tahu mengenai insuran yang mereka tidak beli, dan harga teh tarik yang mereka gemari sahaja. Sama ada saudara-mara, rakan-taulan mereka akan mempunyai pekerjaan setelah Darurat Bencana diisytiharkan bukan menjadi keutamaan mereka.
Oleh itu, saya amat berharap mereka yang waras dan mempunyai minda yang ufuknya luas, dapat memahami keadaan dan prihatin terhadap bukan sahaja sesuatu keadaan, tetapi juga bagaimana keadaan tersebut boleh memberi kesan langsung kepada orang-orang yang di penghujung ufuk pandangan dan minda mereka.
Itu sahaja harapan saya kerana yang sepet tetap akan mengatakan pandangan yang sepet itulah yang betul.

Serpihan pesawat Air Asia ditemui.. Sedihnya



Media Indonesia: K'jaan sahkan serpihan ditemui 

HARI KETIGA 5.38pm: Kapal perang Indonesia Bung Tomo yang berjaya mendapat mayat pertama hari ini, sudah mengumpul sehingga 40 mayat setakat ini

Seorang jurucakap tentera laut berkata lebih banyak mayat sedang diperolehi dari laut, lapor Channel News Asia.

Sementara itu, detik.com berkata sebahagian mayat yang ditemui berada dalam keadaan tangan mereka berpegangan di antara satu sama lain.

4.51pm: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengumumkan yang beliau bergegas ke Surabaya, Indonesia selepas sumber rasmi mengumumkan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 ditemui.

"Hati saya dilanda kesedihan buat semua keluarga yang terlibat dalam QZ8501.

"Bagi pihak AirAsia, takziah buat semua. Perkataan tidak dapat menggambarkan rasa bersalah saya," katanya menerusi akaun Twitter.

Mayat pertama nahas QZ8501 ditemui

4.33pm: Pihak Tentera Laut Indonesian berjaya memperolehi mayat pertama dari kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501.

Kapal Indonesia KRI Bung Tomo pula berjaya memperolehi tiga daripada enam mayat di kawasan itu, lapor detik.com.

"Lebih daripada satu mayat telah ditemui..proses mencari sedang berlangsung," ketua agensi mencari dan menyelamat, Bambang Soelistyo dipetik sebagai berkata.

4.10pm: Seorang pembantu juruterbang Tentera Udara Indonesia beliau dia ternampak mayat-mayat terapung selepas Jakarta mengumumkan ia telah menemui serpihan pesawat AirAsia QZ8501, laporan Kompas.

"Kami sangka penumpang masih hidup dan melambai pada kami untuk bantuan. Tetapi apabila kita mendekatinya, mereka sudah meninggal," kata Tri Wibowo yang menaiki pesawat Hercules C130.

Sementara itu, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat, Bambang Soelistyo berkata agak pasti serpihan itu dari pesawat yang hilang, lapor Reuters.

Katanya, beliau 95 peratus yakin bahawa serpihan itu disyaki dari pesawat berkenaan.

3.29pm: Beberapa laporan media Indonesia mengatakan bahawa Jakarta telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemui.

Pemangku ketua pengarah pengangkutan udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, Djoko Murjatmodjo berkata proses memperolehinya kini akan dimulakan di kawasan di mana serpihan yang telah dijumpai.

"Telah disahkan bahawa ia adalah serpihan dari sebuah pesawat yang mempunyai warna merah dan putih," katanya, menurut Jakarta Post.

3.14pm: Pasukan Mencari dan Menyelamat menemui lebih banyak objek dalam zon carian.

Menurut Reuters, tentera udara Indonesia ternampak apa yang kelihatan sebagai jaket, bagasi, serpihan dan ap yang dipercayai mayat, di Laut Jawa, di luar pantai barat Kalimantan.

Bagaimanapun, CNN melaporkan bahawa pegawai bimbang dengan arus yang boleh menyebabkan objek-objek itu tersebar sebelum kapal tiba untuk pengesahan secara dekat.

2.43pm: Serpihan merah dan putih yang dilihat dekat Kalimantan di laut Jawa "mungkin" dari pesawat AirAsia QZ8501, lapor Reuters yang memetik seorang pegawai Indonesia sebagai berkata.

"Kami sedang memeriksa sama ada ia serpihan dari pesawat itu. Ia mungkin dari badan pesawat," kata Djoko Murjatmodjo, yang bertindak ketua pengarah pengangkutan udara Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menurutnya, berdasarkan saiz dan warna serpihan itu, ia mungkin sebahagian daripada jet yang hilang.

Objek 'seperti sosok manusia' dilihat

2.37pm: Pasukan SAR melaporkan satu objek "yang kelihatan seperti susuk manusia" dilihat di selat Karimata berhampiran Kalimantan Barat.

Objek dilihat dari pesawat A319 Hercules, laporan detik.com.

2.00pm: Salah seorang komander operasi SAR, Dwi Putranto, berkata terdapat 10 objek besar dan objek-objek kecil yang lain.

"Dikatakan terdapat satu objek kuning panjang, yang kelihatan seperti sebuah tangki. Terdapat objek jelas berkilat putih. Jika ia telah lama di air, warna akan pudar, tetapi ini (objek) sangat jelas," kata Dwi, yang dipetik oleh detik.com.

1.45pm: Agensi berita AFP dalam berita ringkas melaporkan objek yang menyerupai gelongsor kecemasan kapal terbang dan pintu pesawat kelihatan.

1.30pm: Satu serpihan selebar kira-kira dua meter dengan sebahagiannya berwarna merah dan kuning, serta merah dan hitam dikesan di perairan Belinyu, Bangka berhampiran kawasan pencarian.

Helikopter kini sedang menuju ke lokasi serpihan itu dilihat, lapor detik.com dan kompas.com.

12.49pm: Operasi mencari dan menyelamat menerima laporan tentang kebakaran di sebuah pulau yang terletak dalam kawasan pencarian pesawat AirAsia QZ8501.

Menurut CNN dan CBS, dua pesawat sudah dihantar untuk menyiasat jika api tersebut mempunyai hubungkait dengan pesawat yang hilang.

11.30am: AirAsia belum sempat mengubah suai pesawat yang hilang pada hari Ahad lalu walaupun ia sedang menaiktaraf rangkaian pesawat jarak dekatnya untuk menjadikan ia lebih mudah dikesan, lapor The Wall Street Journal.

Laporan sama turut menyatakan yang syarikat penerbangan murah itu adalah antara yang terawal menggunakan teknologi pengesan tersebut.

9.54am: Kapal pemusnah AS, The USS Sampson, dijangka tiba hari ini untuk membantu gerakan mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dari Yokosuka, Jepun, Pusat Pemerintah AS telah mengarahkan Sampson ke "kawasan carian umum" ekoran permintaan dari kerajaan Indonesia.

"Angkatan Laut Amerika Syarikat sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Indonesia untuk menyediakan kemampuan tambahan carian di permukaan atau udara untuk membantu usaha pencarian mereka," kata tentera AS.

Isnin lalu, kerajaan Indonesia menghantar nota diplomatik kepada kedutaan AS di Jakarta untuk meminta bantuan, kata Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The Sampson adalah sebahagian daripada Armada Ketujuh AS, di bawah Pusat Pemerintah Pasifik AS, dan merupakan sebahagian daripada kerahan bebas ke Pasifik Barat.

9.15am: Operasi carian dan menyelamat (SAR) kini telah diperincikan kepada 13 zon. Pihak berkuasa Indonesia berkata semua kawasan sedang dipantau, termasuk di daratan, lapor detik.com.

9am: Datuk Abdul Aziz Jaafar berkata kapal Tentera Laut KD Lekir telah memasuki zon carian.

7.45am: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Datuk Abdul Aziz Jaafar, dalam tweet, berkata kawasan carian telah diperluas dan disemak semula.


Jasad Mengapung dan Koper Terlihat di Sekitar Selat Karimata

PANGKALAN BUN, KOMPAS.com — Kopilot Pesawat Hercules C130 dari Lanud Halim Perdanakusuma, Letnan Satu Penerbang Tri Wibowo, menyebutkan bahawa objek-objek yang terlihat mengapung di Selat Karimata, tepatnya di perairan sekitar Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat, menyerupai manusia, bag tangan, pelampung, dan serpihan pesawat.

Khusus untuk objek yang menyerupai manusia, Tri mengaku pada awalnya sempat mengira bahwa objek tersebut adalah manusia yang melambai-lambai ke arah pesawat. Namun, setelah didekati, ia melihat objek tersebut seperti jasad manusia yang sudah membengkak. 

"Tadi pas saya lihat awalnya kayak orang dadah-dadah, mungkin dia melihat pesawat, kan. Akan tetapi, pas kami dekati, kayaknya sudah bengkak. Kelihatan melambai-lambai kerana kena ombak," kata Tri di Bandara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Selasa (30/12/2014) siang.

Berdasarkan lokasi yang ditunjukkan oleh Tri di peta, kawasan penampakan objek-objek tersebut berada di sekitar Teluk Air Hitam.

Penemuan objek yang diduga benda-benda milik pesawat AirAsia QZ8510 terjadi sekitar pukul 11.00, setelah selama lebih kurang lima jam pesawat melakukan penyisiran daratan, pantai, dan lautan di wilayah bagian selatan Kalimantan.
 -kompas.com


Serpihan-serpihan Warna Merah, Kuning, dan Perak Terlihat Dekat Pangkalan Bun

PANGKALAN BUN — Serpihan-serpihan berukuran cukup besar terekam di perairan dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, saat tim pencarian menyisir sekitar lokasi hilangnya pesawat AirAsia QZ8501.

"Posisinya kalau dari Pangkalan Bun arah 230 derajat dengan jarak 105 nautical mile atau 190 kilometer," kata Marsda Agus Dwi Putranto, Pangkoopsau 1, dalam konferensi pers di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, yang disiarkan langsung Kompas TV, Selasa (30/12/2014).

Sejumlah foto yang ditampilkan menunjukkan setidaknya beberapa serpihan. Masing-masing berbentuk persegi panjang warna coklat, batang memanjang berwarna perak, segitiga warna kekuningan, serta serpihan-serpihan berwarna hitam dan merah.

Benda-benda tersebut dirakam kketika kunpulan pencarian melakukan penyisiran pada Selasa pagi tadi.

"Posisi dengan titik lost contact jaraknya hanya sekitar 10 kilometer," lanjut Agus. Namun, ia belum bisa memastikan bahwa serpihan-serpihan tersebut adalah bagian dari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerbangan Surabaya-Singapura, Minggu (28/12/2014).

Tim pencarian yang dikoordinasikan Basarnas akan segera mengirim helikopter ke lokasi jika cuaca memungkinkan.
 -kompas.com


Serpihan dan Jasad Penumpang Ditemukan, JK Ucapkan Terima Kasih Pada Pihak Yang Terlibat

Jakarta - Serpihan pesawat AirAsia QZ8501 dan jasad penumpang ditemukan di Laut Jawa selatan Kalimantan, dekat perairan Selat Karimata. Wakil Presiden Jusuf Kalla (JK) mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas lapangan yang bekerja melakukan pencarian.

"Ya tentu kita merasa berterima kasih pada Basarnas dan seluruh aparat yang telah bekerja keras dan menemukan benda-benda dan juga jenazah," kata JK di Kantor Wapres, Jalan Medan Merdeka Utara, Jakarta Pusat, Selasa (30/12/2014) petang.

"Ini membuktikan bahwa kerja keras dan kemampuan kita apabila bekerja betul secara bersama dapat dicapai," ujar dia.

Basarnas dan tim gabungan dari TNI mendeteksi sejumlah serpihan dan beberapa jasad penumpang pesawat AirAsia QZ8501. 3 Dari 6 jasad telah dievakuasi dengan KRI Bung Tomo dan helikopter Super Puma TNI AU.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo berencana terbang ke Pangkalan Bun pukul 15.30 WIB dengan menggunakan pesawat Hercules dari Lanud Halim Perdanakusuma, Jakarta, Selasa (30/12/2014). Pesawat yang ditumpangi Jokowi bernomor A1341.

Jokowi didampingi sejumlah pejabat terkait saat ini sedang dalam perjalanan dari Istana Negara menuju Lanud Halim Perdanakusuma. 
-detik.com